Permohonan Wang Pendahuluan Pembiayaan PTPTN Sesi Disember 2011
Wang Pendahuluan Pembiayaan ( WPP ) ini telah dilaksanakan mulai tahun 1999 bagi membantu pelajar-pelajar yang pertama kali ditawarkan ke IPTA dan kurang berkemampuan. Pemberian WPP berjumlah RM1,500.00 adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia
- Pendapatan seisi keluarga kurang daripada RM4,000
- Belum pernah menerima WPP atau pembiayaan PTPTN
Permohonan Wang Pendahuluan Pembiayaan telah ditutup. Pihak PTPTN akan menghubungi pemohon-pemohon yang berjaya dalam masa terdekat. Sila hubungi PTPTN HOTLINE - 03-2080 4455 untuk sebarang kemusykilan.